MAKLUMAN

Untuk makluman, setakat ini saya hanya mengambil

order untuk CUPCAKES sahaja. Itupun terpulang pada kelapangan waktu memandangkan

waktu siang saya bekerja. Order akan dibuat sekiranya bersesuaian dengan masa

saya. Mohon maaf sekiranya saya tidak dapat memenuhi tempahan anda kerana saya
part time baker.



Sila sms / what ap ke no 0126745995 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.



Sekian, terima kasih.



-azcupcakes-

Thursday, October 3, 2013

Kek Kukus


 
 Lama tak buat projek bakeri, ini latest percubaan membuat kek. Ini Kek Pelangi Kukus, tapi saya jadikan gabungan vanila & coklat sahaja. Sesuai untuk minum petang, kenduri ataupun sebagai buah tangan bertandang ke rumah sanak saudara.
 
KEK PELANGI KUKUS (Sumber Google)
Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)
·         1 cawan mentega
·         1/2 cawan gula kastor
·         3 biji telur
·         ¼ cawan susu pekat
·         ¼ cawan serikaya
·         1½ cawan tepung gandum
·         1 sudu kecil serbuk penaik
·         1 sudu besar koko
·         1 sudu kecil vanila
·         Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga
Cara
1.      Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
2.      Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.
3.      Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
4.      Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak.
5.      Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.


 Ini pula versi cupcakes untuk model-model azcupcakes - Fina & Fiqah.
Cupcakes yang comel, senang untuk dimakan oleh kanak-kanak. Dihiasi dengan coklat chip dan deco candy.

Sedap sangat sampai makan cup nya sekali..hi2..
 
Selamat Mencuba;)

No comments:

Post a Comment