MAKLUMAN

Untuk makluman, setakat ini saya hanya mengambil

order untuk CUPCAKES sahaja. Itupun terpulang pada kelapangan waktu memandangkan

waktu siang saya bekerja. Order akan dibuat sekiranya bersesuaian dengan masa

saya. Mohon maaf sekiranya saya tidak dapat memenuhi tempahan anda kerana saya
part time baker.



Sila sms / what ap ke no 0126745995 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.



Sekian, terima kasih.



-azcupcakes-

Tuesday, June 19, 2012

Kelas Apam Polkadot

Agak lama saya tidak menjalankan kelas di Azcupcakes disebabkan jadual mingguan yang sibuk dan juga menumpukan sepenuh perhatian menjaga Fina dan Fiqah. Tapi bila ada masa terluang dan kebetulan saya tiada apa-apa perancangan, kelas akan dijalankan mengikut permintaan. Cuma saya tiada jadual tertentu kerana tidak mahu terikat memandangkan saya menjalankan kelas dan perniagaan secara part time.

Kebetulan Ahad lepas saya free, jadi rezeki Puan Norizah untuk turut serta dalam Kelas Apam Polkadot. Puan Norizah datang ditemani oleh anaknya Sofia. Tinggal sama taman di Pelangi Semenyih.
Rajin tolong mamanya.
Puan Norizah diajar secara hands-on cara-cara penyediaan apam polkadot dari awal hingga siap dikukus.
Bahan-bahan akan saya sediakan. Cuma datang dan buat sendiri mengikut kreativiti ketika menghias apam polkadot. Kali ini saya kongsi cara untuk menghasilkan corak buah strawberry yang pinky.
Terima kasih pada Puan Norizah. Keep in touch ya;)

No comments:

Post a Comment