MAKLUMAN

Untuk makluman, setakat ini saya hanya mengambil

order untuk CUPCAKES sahaja. Itupun terpulang pada kelapangan waktu memandangkan

waktu siang saya bekerja. Order akan dibuat sekiranya bersesuaian dengan masa

saya. Mohon maaf sekiranya saya tidak dapat memenuhi tempahan anda kerana saya
part time baker.



Sila sms / what ap ke no 0126745995 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.



Sekian, terima kasih.



-azcupcakes-

Thursday, November 17, 2011

Kelas Cupcakes

13 November 2011 lepas saya mengadakan Kelas Cupcakes untuk Cik Aisha daripada Mantin. Peramah dan rajin orangnya.  Bersungguh-sungguh waktu belajar. Harap boleh buat cupcakes yang menarik dan sedap selepas hadir kelas ini ya.


Cupcakes yang telah dihasilkan oleh Cik Aisha:



Pelajar akan diajar dari awal bancuhan cupcakes, cara menyediakan buttercream dan teknik asas mendeko cupcakes menggunakan nozel dan ready made fondant.
Semua cupcakes yang telah dihasilkan akan dibawa pulang. Bahan akan saya sediakan semuanya. Cuma bawa diri sahaja untuk belajar.

Terima kasih & jumpa lagi buat Cik Aisha. Selamat Maju Jaya dalam bidang bakeri. Yang penting ialah minat dan kemahiran yang digilap dengan selalu berlatih membuat cupcakes sendiri ya.

No comments:

Post a Comment