MAKLUMAN

Untuk makluman, setakat ini saya hanya mengambil

order untuk CUPCAKES sahaja. Itupun terpulang pada kelapangan waktu memandangkan

waktu siang saya bekerja. Order akan dibuat sekiranya bersesuaian dengan masa

saya. Mohon maaf sekiranya saya tidak dapat memenuhi tempahan anda kerana saya
part time baker.



Sila sms / what ap ke no 0126745995 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.



Sekian, terima kasih.



-azcupcakes-

Monday, October 10, 2011

Kelas Cupcakes

Azcupcakes mengadakan Kelas Asas Cupcakes pada 8 Okt 2011 yang lalu. Kelas ini dihadiri oleh Puan Noraini dan Puan Suria yang pernah attend Kelas Apam PolkaDot dahulu. Kebetulan kedua mereka tinggal di kawasan yang sama - Bandar Tasik Kesuma, Semenyih.

Dalam kelas ini pelajar akan diajarkan:-
  • Asas bancuhan cupcakes - mengenali bahan-bahan yang digunakan, penyediaan dan membakar kek.
  • Cara menghasilkan buttercream yang sedap.
  • Dekorasi cupcakes menggunakan buttercream dan fondant.
  • Tips-tips untuk menghasilkan cupcakes yang comel.
  • Asas penggunaan nozzle - corak buttercream.
  • Asas penggunaan tools untuk fondant.
  • Semua teknik akan diajak secara hands-on dan pelajar akan membawa balik cupcakes yang telah dihasilkan sendiri dalam kelas.
 Cupcakes yang telah siap dihasilkan oleh Pn Noraini dan Pn Suria.

 Cupcakes Pn Suria

 Yang ini pula cupcakes Pn. Noraini.


Ibu-ibu yang ditemani oleh anak-anak dara mereka. Lepas ini boleh minta bantuan anak-anak untuk deko cupcakes ye:) Gambar Pn Suria dengan anaknya.

 Pn. Noraini dan anaknya.


Serta gambar semua yang hadir dalam pada hari tersebut.


Selamat maju jaya dan rajin-rajin buat latihan di rumah. Insyaallah, selepas kelas pelajar akan berjaya menghasilkan cupcakes sendiri.
Keep in touch ya:)


No comments:

Post a Comment