MAKLUMAN

Untuk makluman, setakat ini saya hanya mengambil

order untuk CUPCAKES sahaja. Itupun terpulang pada kelapangan waktu memandangkan

waktu siang saya bekerja. Order akan dibuat sekiranya bersesuaian dengan masa

saya. Mohon maaf sekiranya saya tidak dapat memenuhi tempahan anda kerana saya
part time baker.



Sila sms / what ap ke no 0126745995 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.



Sekian, terima kasih.



-azcupcakes-

Monday, September 12, 2011

Puding Pelangi

 Puding pelangi yang baru masak.

Sejukkan dahulu dan siap untuk dihidangkan.

Cuti minggu lepas, teringin nak buat Puding Pelangi.
Cari-cari resepi terjumpa di MY RESEPI.

Saya kongsikan resepi nya bersama di sini.

Bahan-bahan

  • 10g serbuk agar2
  • 650 ml air
  • 185 gm gula pasir
  • 60gm mentega
  • 1 biji telur
  • ½ tin susu cair
  • 1 sudu makan tepung custard
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh)

Cara-cara

  1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
  2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
  4. Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
  5. Sengetkan loyang/bekas puding sedikit.
  6. Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
  7. Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya.


SELAMAT MENCUBA.
Sedap dan rasa macam puding kastad pun ada.

No comments:

Post a Comment